TIGblogs TIG | TIGblogs GROUP TIGBLOGS LOGIN SIGNUP
Bicara Legal (Legal Talk)
Bicara Legal (Legal Talk)
« previous 5


CTOS ordered to pay RM200k by court

Dear visitors/ readers,

In the event we receive a letter of demand or a summons & statement of claim, do not panic. Read them carefully because we may not be the right party! And worst, we may become a victim and get listed in CTOS. Please read today's news in Utusan Malaysia (click here for the link).

July 16, 2011 | 3:07 AM Comments  0 comments

Tags:


Register your trade mark today!

Have you got your trade mark or brand registered? It would be a waste when you have put a lot of efforts to promote your trade mark/ brand and later be used by others! Don't let people take advantage on the popularity of your trade mark/ brand.

A lot of other people has registered their trade marks!

MyIPO has made an announcement that for the first 3 months this year, they have received 6,578 applications in relation to the registration of trade marks in Malaysia.

Click here to read full article from Utusan Online 27/04/2011.


-admin-

April 27, 2011 | 2:04 AM Comments  0 comments

Tags:


Panduan untuk kes tuntutan kecil (tidak melebihi RM5,000.00)

Salam sejahtera,

saya ingin berkongsi sedikit maklumat am yang mungkin telah diketahui ramai. Kepada yang belum tahu mengenai hal ini, sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda mempunyai tuntutan yang tidak melebihi RM5,000.00 maka anda boleh mengemukakan sendiri tuntutan anda di Mahkamah Tuntutan Kecil (dikendalikan di Mahkamah Majistret), tanpa perlu melantik peguam. Oleh yang demikian, pihak yang menuntut dapat menjimatkan kos kerana tidak memerlukan kehadiran peguan di mahkamah.

Bagi kes tuntutan kecil ini, memandangkan kehadiran peguam adalah tidak dibenarkan di mahkamah, maka pihak yang menuntut perlu bertindak sendiri ketika kes dibicarakan di hadapan Majistret.

Untuk meneruskan dengan tuntutan kecil, pihak yang menuntut perlu mengisi Borang 164 (sila email saya sekiranya ingin mendapatkan contoh Borang 164 ini).

Walaupun tidak dibenarkan untuk melantik peguam bagi mewakilinya di mahkamah, pihak yang menuntut boleh melantik peguam untuk mengisi Borang 164 dan mendapatkan khidmat nasihat mengenai cara untuk mengendalikan sendiri tuntutan di Mahkamah kelak.

Sekian, maklumat ringkas yang dapat dikongsi buat masa ini.


October 12, 2010 | 11:10 AM Comments  0 comments

Tags:


Cukai Keuntungan Hasil Tanah... kini telah kembali

Salam buat pembaca,

ramai sedia maklum bahawa mulai 01 Januari 2010, kepada mereka yang berhasrat ingin menjual hartanah anda, ada 1 cukai akan dikenakan iaitu cukai ke atas keuuntungan yang diperolehi dari penjualan hartanah tersebut. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kadar cukai yang dikenakan, mengikut tempoh bila anda menjadi pemilik hartanah tersebut. Cukai ini dipanggil Cukai Keuntungan Hasil Tanah (CKHT).

Untuk mendapatkan pengecualian CKHT ini, ada syarat & prosedur yang perlu dipatuhi.

Maklumat lanjut mengenai CKHT ini boleh diperolehi dari laman web LHDN (klik di sini).

Sekian.

February 24, 2010 | 1:02 AM Comments  0 comments

Tags:


Pernah mendengar mengenai Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit atau AKPK?

Salam kepada pembaca,

Baru-baru ini saya terfikir, mungkin ada yang sering bertanya:-

  1. Apa fungsi dan peranan AKPK?
  2. Siapa yang menubuhkan AKPK?
  3. Susahkan berurusan dengan AKPK?

Dan mungkin ada di antara pembaca yang mengalami masalah seperti berikut:-

  1. Masalah tunggakan hutang bank yang melampau;
  2. Kerap menerima notis amaran dari bank;
  3. Kerap menerima notis tuntutan dari peguam yang mewakili bank;
  4. Pernah menerima saman dari peguam yang mewakili bank; dan
  5. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan kerana masalah kewangan yang kronik.

Tahukah bahawa AKPK menyediakan perkhidmatan berikut secara PERCUMA:-

  • Pendidikan Kewangan
  • Kaunseling Kewangan
  • Pengurusan Kredit

Saya mencadangkan agar pembaca meluangkan masa untuk mengunjungi laman web AKPK kerana ada pelbagai artikel berguna di dalamnya seperti:-

  • Hubungan Anda Dengan Duit
  • Menetapkan Bajet
  • Dana Kecemasan
  • Hidup Dengan Duit Yang Sedikit
  • Prinsip Meminjam
  • Profil Hutang
  • Tip-tip Pengurusan Kad Kredit
  • Hati-hati Bila Berbelanja

Kunjungilah laman web AKPK di http://www.akpk.org.my/

Moderator


February 18, 2010 | 11:02 AM Comments  0 comments

Tags:


« previous 5


Rose Maria's Profile


Latest Posts
Tuntutan ke Tribunal...
Ketahui hak pembeli...
CTOS ordered to pay...
Register your trade...
Panduan untuk kes...

Monthly Archive
June 2007
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
January 2009
February 2009
April 2009
May 2009
June 2009
September 2009
February 2010
October 2010
April 2011
July 2011
October 2011
January 2012

Change Language


Links
Google Search Engine


7659 views
Important Disclaimer